Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Mount sinai/Jabal musa

Imej
     Assalamualaikum, alhamdulillah hari ni rasa macam nak kongsi pengalaman mendaki bukit sinai/tursina. Sebelum tu aku nak cerita sikit la tentang gunung sinai ni yang mana ianya telah tersebut di dalam al quran.Dan rasanya kebanyakan orang tahu sejarah dan kisah yang telah berlaku kat bukit ni,kerana bagi aku sejarah bukit ini ialah sejarah yang sering didengari oleh umat islam. Apa yang berlaku dibukit ini ialah kisah nabi musa dan nabi harun serta kaumnya (bani israel).Jadi apa yang berlaku pada bani israel ketika itu ialah mereka menyembah patung samiri iaitu patung yang diukir berbentuk binatang, pada ketika itu nabi musa berada di puncak gunung sinai.Ketika nabi musa turun beliau telah menggenggam janggut nabi haryn kerana tidak menghalang kaumnya ketika ketiadaan beliau.Jadi kesan-kesan yang ada disana antaranya tempat munajat nabi musa, pohon dimana nabi musa menggenggam janggut nabi harun dan juga patung samiri.Tempat munajat nabi musa berada di punca...

The system of study at egypt

Imej
  Assalamualaikum, alhamdulillah masih lagi dikurniakan oleh allah untuk menghembuskan nafas pada hari ini serta dapat melakukan kewajipan kita terhadapnya. Insya allah hari ini aku akan kongsikan sedikit sistem pengajian di sini dan ianya hanya pengajian islam bukan kedoktoran dan sebagainya. Aku kongsikan sistem ini kerana aku mengambil salah 1 daripada kos pengajian islam. Jadi kalau nak cerita kos kedoktoran dan sebagainya rasanya tak berapa nak tahu,makanya aku akan sajikan sistem pengajian islam sahaja untuk aku punya blog ni.   Perkara pertama yang korang semua kena tahu di mesir ini ada 2 jenis sistem pengajian di dalam pengajian islam, yang satunya formal/kuliah di universiti dan yang satu lagi tidak formal iaitu pengajian sistem talaqi/pengajian dari kulit ke kulit. Makanya jangan hairan kalau korang datang ke sini dan rasa pening untuk memilih kelas-kelas yang boleh dikatakan tiada hari cuti untuk pengajian selain dari kuliah.Ada juga yang pening sehingga lang...

The place's i'm stayed at egypt.

Imej
Alhamdulillah saya rasa dah cukup apa yang perlu saya kongsikan di waktu saya di markas bahasa. Jadi hari ini saya akan ceritakan tentang tempat tinggal di sini dan semestinya saya akan share apa yang telah saya lalui. Sebabnya bukan semua tempat saya stay, So saya akan ceritakan tempat yang penah saya stay sahaja.  Pertama kali saya sampai di sini, Saya ditempatkan di rumah pelajar/rumah negeri. Setiap negeri ada rumah mereka tersendiri dan harga sewanya berbeza-beza. Saya orang perak tapi bersekolah di kedah, maka saya datang ke mesir under negeri kedah. Saya dah tak berapa ingat waktu itu sewa rumah kedah harganya berapa. Gambar yang saya lampirkan adalah gambar berdepan rumah kedah dan ianya diambil dari tingkap bilik saya. Rumah kedah dah ada 3 tempat dah sekarang antaranya awwal sabi', hayyu sabi' dan hayyu asyir. Saya ditempatkan di hayyu sabi'. Walaupun ada yang bercerita kata di hayyu asyir lebih menarik, tapi saya tidak tertarik kerana bagi saya c...

The benefits of headquarters arabic language

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم                                                               Setelah beberapa hari tidak menulis hari ini terasa untuk meneruskan perkongsian pengalaman saya di negara padang pasir (my first impression about egypt).    Yang pertamanya alhamdulillah saya telah menghabiskan markas bahasa tanpa mengulang di mana-mana mustawa atau peringkat. Antara faktor yang menyebabkan kita terpaksa mengulang mustawa ialah kekurangan kehadiran ke kelas dan tidak lulus dalam ujian untuk perpindahan ke peringkat seterusnya. Mungkin terlihat mudah, tapi banyak dugaannya bagi sesiapa yang telah sampai ke tanah gersang ini kerana musim sejuknya atau musim panasnya mendorong kita ke tempat tidur.   Jadi disini saya ingin berkongsi antara kepentingan markas bahasa kepada saya dan juga kepada semua yang ...

My experience at headquarters of arabic language

Imej
                               بسم الله الرحمن الرحيم   Dah sampai masanya aku rasa masanya untuk ceritakan mula- mula masuk markas bahasa.Untuk pengetahuan korang markas bahasa bukan lah percuma. Waktu zaman aku di markas bahasa bayaran yang dikenakan untuk 1 mustawa/peringkat sebanyak 100$=750pound dan bersamaan dengan rm350 dalam anggaran aku. .Kesemuanya ada 7 mustawa iaitu, mubtadi awal dan thani, mutawassit awal dan thani, mutaqaddim awal dan thani, dan akhir sekali mutamayyiz.    Penetapan untuk mustawa-mustawa tersebut melalui peperiksaan imtihan qobul. Waktu zaman aku peperiksaan ni dibuat kat malaysia dan keputusan pun dapat di malaysia. Aku dan kawan-kawan perlu membayar sebanyak 450ringgit untuk mengambil peperiksaan ini. Alhamdulillah walau pun aku tak la sehebat mana dengan ditetapkan dengan natijah mutawassit awal. Mulanya aku cemburu juga tengok kawan-kawan aku sampai ad...

my impression about programme and association.

Imej
                                   بسم الله ثم الحمد لله  Aku memang fikir nak cerita permulaan masuk markas.Tapi rasa macam ada benda yang tak lengkap lagi iaitu tentang program dan persatuan. Aku memang yang jenis kurang berminat dengan program dan persatuan. Tak berminat bukan bermaksud dua benda tu tak penting. Akan tetapi kalau dah hanya fokus dua benda tu saja kau akan sibuk dan tiada waktu untuk tujuan asal kau. Kecuali kau pandai seimbangkan masa study kau dan masa berpesatuan kau.    Walaupun aku tak berminat sekurangnya aku pernah masuk program dan aku juga pernah menyertai persatuan sebagai AJK. Tapi program yang aku masuk rasanya tak banyak sebab first program yang aku masuk dari pagi sampai ke malam. Dari situ aku terus jadi anti program sebab terlalu lama sangat nak kena duduk dan dengar. Aku rasa bukan masalah program tapi jenis program yang menyebabkan aku serin...

How to coax your heart?

Imej
                                بسم الله الرحمن الرحيم   Hari ini aku tak terasa lagi nak ceritakan kisah permulaan aku masuk markas bahasa. Antara sebabnya adalah aku ada story yang aku tertinghal untuk cerita. Mybe aku rasa macam penting sebab pagi ni kawan aku yang ingatkan... hehe.   Jadi ceritanya waktu minggu pertama dan kedua aku kat mesir. Seorang kawan aku mengajak aku untuk balik malaysia. Boleh dikatakan hari-hari dia nampak aku mesti dia akan cakap  "jom kita balik malaysia aku rasa macam tak mampu la nak mengaji kat sini". Korang bayangkan lah aku pon dalam hati sebenarnya ada rasa macam tu sebab aku tengok geng-geng senior bercakap arab nampak macam padu. Padahal yang aku dengar pada ketika itu hanya di kedai untuk menukar dolar ke mata wang Egypt iaitu pound.   Walaupun dalam hati aku ada terdetik untuk pulang namun aku menunjukkan riak wajah yang biasa. Dan aku ta...

The name of "مصر"

Imej
                                 بسم الله ثم الحمد لله   Alhamdulillah zaman aku dan kawan2 makan roti fino boleh dikatakan sampai kami masuk markas bahasa (kursus bahasa).Bersyukur kehadrat ilahi juga Sebelum markas bahasa  bermula aku dan kawan2 dapat memulakan pengajian kitab nahu (risalah fathoniah)  dan kitab fekah (sittin mas alah). Kami sempat mengkhatamkan kitab ini sebelum aku meninggalkan rumah negeri(kedah) dan menetap di rumah sewa.    Di tanah gersang ini seringkali senior2 akan menyebutkan tentang perkataan مصر. Jadi mereka katakan "mim" =musibah, "sod" =sabar dan "ro" =redho.   Jadi disini aku akan mulakan musibah yang menimpa diri aku dan kawan2. Musibah 1 ialah ketika aku hendak ke hayyu asyir untuk kali yang pertama bersama dua orang kawan aku, ust yusuf dan ust fariz. Kami telah sesat di "tabbah" dan tidak tahu arah mana yang harus dituju. Makluml...

first month at egypt

Imej
                                    بسم الله والحمد لله   Assalamualaikum,sekarang di bumi gersang ini waktu malam dan aku rasa tak tahu nak buat apa, jadi aku ingat nak sambung tulis semula cerita yang tergantung tadi.   Benda pertama yang akan aku nak bagi tahu ialah tentang kata2 yang telah mendorong keinginan aku untuk bermusafir ke padang pasir berdengung. Kalamnya ialah "Mustahil kalau belajar di negara arab tapi tak boleh bertutur bahasa arab". Selepas aku mendengar kalam tersebut aku jadi teringin ke tanah arab. Aku memang ada minat dan teringin untuk pandai bercakap arab.   walaupun aku ada minat tapi masalah kedua pula yang aku fikirkan iaitu tentang biaya kos untuk ke sana dan juga perbelanjaan disana.Kenapa aku perlu berfikir tentang kos?ya aku perlu fikir sebab adik beradik aku ramai.    Alhamdulillah pada tarikh 7/11/2013 aku selamat menjejakkan kak...

My first impression about Egypt

Imej
                               بسم الله الرحمن الرحيم      Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua. Ini pertama kali saya mahu menulis blog,So belum banyak idea untuk menulis.   Jadi benda pertama yang aku nak tulis/kongsikan ialah pengalaman pertama kali sebelum fly ke negara padang pasir berdengung iaitu mesir.   Sepertimana orang lain semasa mendengar mulut2 berbicara akan nama negara bernama mesir maka otak aku sudah terbayang akan padang pasir luas tanpa pohon2 rendang.   Hendak dijadikan cerita di sekolah aku,boleh dikatakan banyak juga para pengajar yang menuntut di universiti pasir berdengung ni.Maka aku di dalam kelas sering disajikan kisah2 dan pengalaman2 mereka di negara gersang itu.   Mulanya aku kurang berminat kerana memikirkan kos dan keupayaan aku dalam pelajaran yang tak seberapa baik. Ditambah pula aku yang tidak mempunyai asas2 bahasa ...