My first impression about Egypt
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua. Ini pertama kali saya mahu menulis blog,So belum banyak idea untuk menulis.
Jadi benda pertama yang aku nak tulis/kongsikan ialah pengalaman pertama kali sebelum fly ke negara padang pasir berdengung iaitu mesir.
Sepertimana orang lain semasa mendengar mulut2 berbicara akan nama negara bernama mesir maka otak aku sudah terbayang akan padang pasir luas tanpa pohon2 rendang.
Hendak dijadikan cerita di sekolah aku,boleh dikatakan banyak juga para pengajar yang menuntut di universiti pasir berdengung ni.Maka aku di dalam kelas sering disajikan kisah2 dan pengalaman2 mereka di negara gersang itu.
Mulanya aku kurang berminat kerana memikirkan kos dan keupayaan aku dalam pelajaran yang tak seberapa baik. Ditambah pula aku yang tidak mempunyai asas2 bahasa arab melainkan Al Quran yang diajarkan kepada aku untuk dibaca, namun bacaan aku hanya sekadar baca tanpa memahami apa2 makna yang tersirat di dalamnya hatta 1 kalimah aku tidak memahaminya.
Didalam kesibukan perkongsian oleh mereka aku terkesan dengan satu kata2 yang mengubah hala tuju pemikiran aku. Dari tidak mempunyai minat untuk bermusafir ke negara pasir berdengung itu berbalik kepada keinginan.
Jika korang tertanya2 apakah kata2 itu aku akan ceritakan nanti. Sebab rasanya terlalu panjang tulisan pertama aku ni.... hahaha takut orang malas pulak nak baca.... alahai... ok aku akan tulis pada tulisan aku yang akan datang. 😁😁😁
#bujangstyle
#22/11/2017
#myfirstwriter
Ulasan
Catat Ulasan