Mount sinai/Jabal musa




 

   Assalamualaikum, alhamdulillah hari ni rasa macam nak kongsi pengalaman mendaki bukit sinai/tursina. Sebelum tu aku nak cerita sikit la tentang gunung sinai ni yang mana ianya telah tersebut di dalam al quran.Dan rasanya kebanyakan orang tahu sejarah dan kisah yang telah berlaku kat bukit ni,kerana bagi aku sejarah bukit ini ialah sejarah yang sering didengari oleh umat islam. Apa yang berlaku dibukit ini ialah kisah nabi musa dan nabi harun serta kaumnya (bani israel).Jadi apa yang berlaku pada bani israel ketika itu ialah mereka menyembah patung samiri iaitu patung yang diukir berbentuk binatang, pada ketika itu nabi musa berada di puncak gunung sinai.Ketika nabi musa turun beliau telah menggenggam janggut nabi haryn kerana tidak menghalang kaumnya ketika ketiadaan beliau.Jadi kesan-kesan yang ada disana antaranya tempat munajat nabi musa, pohon dimana nabi musa menggenggam janggut nabi harun dan juga patung samiri.Tempat munajat nabi musa berada di puncak gunug sinai dan diatas tempat tersebut adanya sebuah masjid yang ukurannya mampu membuatkan sekitar 30 ke 40 orang. Manakala bersebelahan masjid pula terdapat gereja yang ukurannya lebih besar sedikit daripada masjid tersebut.

                                                 Masjid nabi musa di puncak gunung sinai


   Ada pun tempat nabi musa menggenggam janggut nabi harun dan kesan ukiran patung samiri adalah berhampiran dan keduanya berada di lereng bukit tursina.Biasanya akan dilawat pada waktu pagi selepas turun dari bukit tersebut.Bukit tursina juga disebut jabal musa. Ketinggian bukit tursina 2285m tetapi jika didaki kita akan mendaki dengan kadar jarak 6 kilometer lebih (seingat aku la😂😂😂)  dan mengambil masa lebih daripada 2 jam.Kecepatan untuk sampai ke puncak gunung tursina bergantung kepada individu yang mendaki tersebut.Tapi jangan risau bagi yang tidak mampu untuk mendaki menggunakan tenaga anda mampu mendaki menggunakan duit😁😁😁,iaitu dengan menaiki unta sewa. Kebiasaannya gunung ini didaki pada waktu tengah malam dan akan sampai di puncak pada waktu subuh,Dan apa yang dihajat oleh pendaki ini antaranya melihat matahari terbit di waktu pagi.


                                              
                                                 

    Adakalanya bukit sinai akan dituruni salji dan aku rasa sekali sahaja aku merasai salji digunung sinai iaitu pada tahun 2014,dan pada waktu itu adalah kali pertama bagi aku ke bukit tursina. Pada waktu itu, aku mendaki mengambil masa lebih kurang 3jam lebih hampir ke 4 jam.Selepas itu aku bertekad untuk setiap tahun ke sana dan menjadikan mendaki bukit sinai sebagai aktiviti tahunan aku.Jadi bermula dari tahun 2014 hingga sekaran 2017 aku telah kesana sebanyak 4kali.Setiap kali ke sana aku akan mempercepatkan pendakian sehingga pada tahun terakhir iaitu tahun ini aku telah mencapai puncak dengan tempoh 2jam lebih.Mungkin bagi orang lain ianya bukan tempat yang seronok dilawati tapi bagi aku ianya 1 kepuasan bilamana kita sampai di puncak gunung itu.Aku harap tahun hadapan ialah tahun terakhir aku akan mendaki gunung sinai.... hehe... ok la sampai sini ja,naka cerita panjang tak berapa nak pandai, jadi kalau ada kesalahan dalam fakta harap tolong tegur dan insya allah aku akan edit semula mana yang tak kena tu. sekian terima kasih.

#bujangstyle
#itrymybest
#isimasalapang
#sharingiscaring

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The place's i'm stayed at egypt.

The name of "مصر"