How to coax your heart?

                                بسم الله الرحمن الرحيم


  Hari ini aku tak terasa lagi nak ceritakan kisah permulaan aku masuk markas bahasa. Antara sebabnya adalah aku ada story yang aku tertinghal untuk cerita. Mybe aku rasa macam penting sebab pagi ni kawan aku yang ingatkan... hehe.

  Jadi ceritanya waktu minggu pertama dan kedua aku kat mesir. Seorang kawan aku mengajak aku untuk balik malaysia. Boleh dikatakan hari-hari dia nampak aku mesti dia akan cakap  "jom kita balik malaysia aku rasa macam tak mampu la nak mengaji kat sini". Korang bayangkan lah aku pon dalam hati sebenarnya ada rasa macam tu sebab aku tengok geng-geng senior bercakap arab nampak macam padu. Padahal yang aku dengar pada ketika itu hanya di kedai untuk menukar dolar ke mata wang Egypt iaitu pound.

  Walaupun dalam hati aku ada terdetik untuk pulang namun aku menunjukkan riak wajah yang biasa. Dan aku tak pernah menyuarakan perkara tersebut kepada siapa-siapa pada ketika itu.Ditambah pula kawan aku yang ajak balik pada waktu itu.Setiap kali kawan aku cakap kat aku macam tu, aku akan balas kat dia "baru sampai biasa la tu, nnti lama-lama ok la". Korang ingat ayat tu untuk dia saja ka? sebenarnya ayat tu pon aku keluarkan untuk pujuk hati aku sendiri... haha.

   Nak dijadikan cerita aku tak tahu pun yang sebenarnya kawan aku dah beli tiket balik. Aku dapat tahu tentang dia dah beli tiket balik hari dia nak balik. Jadi terasa kelegaan dihati sebab dah tak dak siapa yang akan ajak aku balik. Ingat senang nak pujuk hati sendiri yang luluh dan futur bila kau rasa diri kau tak mampu untuk teruskan pengajian di sini.

  Alhamdulillah, pada akhirnya aku masih kekal di bumi tanah kering ini. Aku juga mampu mengeletek hati sendiri agar terlihat gembira, dan sekarang aku dah tak perlu semua tu. Sebabnya sekarang aku dah rasa macam happy pulak duduk kat bumi padang pasir berdengung ni... heee.

  Itu ja yang aku rasa macam lawak jugak la. Bila teringat balik rasa macam nak tergelak pun ada. Dengan harga tiket bersama visa rm2400 yang aku bayar untuk ke sini tak kan 2 minggu ja kan. Itu salah 1 faktor aku masih boleh kekal dan cekalkan hati. sebab kalau difikirkan balik memang rugi bila kau dah keluarkan modal yang banyak tiba-tiba balik lenggang tanpa apa-apa kesan. Di ibaratkan kau berjalan di padang pasir tapi tiada kesan debu.... haha.

  Ibarat di atas tu aku saja buat walaupun rasanya tak dak la tepat sangat kan. Jadi point last yang aku nak cakap kat sini ialah gambar kat atas tu hanya hiasan tanpa ada kena mengena dengan cerita ni. Nak tahu cerita kat gambar tu? rajin-rajin la baca blog aku.... 😂😂😂

#bujangstyle
#itrymybest
#isimasalapang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mount sinai/Jabal musa

The place's i'm stayed at egypt.

The name of "مصر"