The place's i'm stayed at egypt.





Alhamdulillah saya rasa dah cukup apa yang perlu saya kongsikan di waktu saya di markas bahasa. Jadi hari ini saya akan ceritakan tentang tempat tinggal di sini dan semestinya saya akan share apa yang telah saya lalui. Sebabnya bukan semua tempat saya stay, So saya akan ceritakan tempat yang penah saya stay sahaja. 


Pertama kali saya sampai di sini, Saya ditempatkan di rumah pelajar/rumah negeri. Setiap negeri ada rumah mereka tersendiri dan harga sewanya berbeza-beza. Saya orang perak tapi bersekolah di kedah, maka saya datang ke mesir under negeri kedah. Saya dah tak berapa ingat waktu itu sewa rumah kedah harganya berapa. Gambar yang saya lampirkan adalah gambar berdepan rumah kedah dan ianya diambil dari tingkap bilik saya. Rumah kedah dah ada 3 tempat dah sekarang antaranya awwal sabi', hayyu sabi' dan hayyu asyir. Saya ditempatkan di hayyu sabi'. Walaupun ada yang bercerita kata di hayyu asyir lebih menarik, tapi saya tidak tertarik kerana bagi saya cukuplah ada tempat untuk menetap. 


Selepas beberapa bulan dan saya tak ingat berapa bulan saya tinggal di rumah negeri kedah.Saya dipelawa oleh kawan saya yang tinggal di shoubra untuk tinggal bersama beliau. Namanya naufal dan abangnya naqib. Korang jangan ingat aku nak tinggal kat shoubra, jauh kot kalau nak ke markas bahasa atau kuliah. Ceritanya dia nak pindah ke sabi' dan ahli rumah tak cukup dan akulah yang menjadi pencukup di dalam rumah tu... hahaha buat mcm orang penting an. Antara faktor aku pindah bukan sebab kurang selesa tapi faktor suasana, aku rasa boring tinggal kat rumah negeri tu. 

Maka masuklah aku ke rumah baru, dan masih lagi rumah tu di kawasan sabi'. Antara sebab aku masih nak tinggal di sabi' waktu itu kerana dekat dengan markas bahasa. Aku dah bagi tahu kawan aku tu andai kata aku dah masuk kuliah nanti, aku akan berpindah ke hussein/darrasah. Dekat rumah yang baru aku pindah tu pun rasa macam suasana yang aku tak dapat nak sesuaikan diri. Tapi aku paksakan juga diri supaya tak berpindah randah. Jadi aku stay dekat rumah tu sampai kawan aku balik malaysia dan aku tamat markas bahasa. 

Setelah dua tempat tinggal aku di hayyu sabi' aku berpindah ke belakang masjid hussein,nama tempat tu kawakib. Waktu tinggal kat rumah ni aku tinggal dengan kawan-kawan yang memang 1 batch dengan aku waktu datang mesir. Kawasan rumah ok, tuan rumah ok dan yang seronoknya masjid betul-betul depan rumah,So jadi mudah nak berjemaah dan kau akan lebih mudah bangun pagi kerana demgar orang azan.Bukan semua tempat perfect, so rumah ni ada kelemahan dia, kelemahanya ialah tiada ruang tamu dan orang arab sering mengadakan kenduri. Mungkin orang anggap biasa, tapi kenduri arab tersangatlah bising sampai bergegar tingkap rumah... fuhhh dasyat sangat,bukan setakat bising malah mereka menari-nari,ditambah pula waktu itu kami sedang di dalam fatrah imtihan.Aku tinggal seramai 6 orang jadi terasa rumah tu sempit jadi kami berpindah pula ke belakang hospital husein. 

Jarak antara rumah baru dengan rumah di kawakib tidaklah jauh dan malah ianya lebih dekat dengan universiti kami,Malah sewanya lebih murah dibanding dengan rumah sebelum ini.Tuan rumah baru ni pun ok dan rumahnya selesa untuk 6 orang.Jadi sampai sekarang aku dudk disini dan tak rasa nak pindah dah,letih kot pindah-pindah ni, letih duit dan tenaga... 😂😂😂. Tapi dalam rumah aku ni ada juga seorang kuliah dia di hayyu sadis, so kuliah dia la yang jauh sikit pun. 


Hayyu sadis ialah tempat markas bahasa dan disana juga ada kuliah untuk beberapa kos lain. kedudukan dia boleh di katakan di tengah-tengah di antara hayyu sabi' dengan darrasah.Jadi kawan aku seorang tu sahaja yang kuliah dia jauh sikit dari rumah dan perlu naik kenderaan awam untuk ke universiti. 

Ok jadi aku rasa memang aku tak akan pindah dah lepas ni, lagi pun aku pun dah tahun akhir pada tahun 2018 ni, jadi aku harap ni la tempat stay aku yang terakhir kat tanah gersang ni.Aku rasa penulisan aku ni tak lah baik mana tapi aku tulis untuk share sahaja. Jadi sekurang-kurangnya kenangan dan pengalaman aku ada di catat andai kata aku ditakdirkan dengan penyakit lupa atau yang sama dengannya. Jadi sampai di sini sahaja dulu. sekian, terima kasih. 

#bujangstyle 
#itrymybest 
#isimasalapang 
#sharingiscaring  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mount sinai/Jabal musa

The name of "مصر"