first month at egypt
بسم الله والحمد لله
Assalamualaikum,sekarang di bumi gersang ini waktu malam dan aku rasa tak tahu nak buat apa, jadi aku ingat nak sambung tulis semula cerita yang tergantung tadi.
Benda pertama yang akan aku nak bagi tahu ialah tentang kata2 yang telah mendorong keinginan aku untuk bermusafir ke padang pasir berdengung. Kalamnya ialah "Mustahil kalau belajar di negara arab tapi tak boleh bertutur bahasa arab". Selepas aku mendengar kalam tersebut aku jadi teringin ke tanah arab. Aku memang ada minat dan teringin untuk pandai bercakap arab.
walaupun aku ada minat tapi masalah kedua pula yang aku fikirkan iaitu tentang biaya kos untuk ke sana dan juga perbelanjaan disana.Kenapa aku perlu berfikir tentang kos?ya aku perlu fikir sebab adik beradik aku ramai.
Alhamdulillah pada tarikh 7/11/2013 aku selamat menjejakkan kaki di negara tanah kering ini bermodalkan wang sumbangan yang diberikan oleh orang ramai tanpa perlu membebankan ahli keluarga. Duit sumbangan tersebut mencukupi untuk menampung kos awal urusan di malaysia hinggalah di mesir.
Selepas sebulan kat sini baru aku sedar stok makanan malaysia aku dah habis... hahaha... biasa lah orang first time datang😂😂😂... tak tahu barang apa dan banyak mana yang perlu dibawa. Jadi kepala aku dibelenggu rasa menyesal dek kerana tak pandai lagi nak mencari makanan2 kat sini. Nak dijadikan cerita aku hanya pandai beli roti fino,maka hari2 aku makan fino😂😂😂.
Ok la aku rasa zaman2 fino ni panjang kalau nak dihuraikan malam ni... so mata aku pun rasa kuyup dek kerana cuaca yang sejuk sekarang ni.
"Katil memanggil-manggil dengan suara yang merdu, manakala sang lihaf melambai-lambai dengan longlai, sang hati mana yang tidak tergoda dengan godaan sang bantal tatkala kelembutannya dirasakan seperti membelai". 😁😁😁.
#bujangstyle
#isimasalapang
#sharingiscaring
Ulasan
Catat Ulasan