my impression about programme and association.

 
                                 بسم الله ثم الحمد لله

 Aku memang fikir nak cerita permulaan masuk markas.Tapi rasa macam ada benda yang tak lengkap lagi iaitu tentang program dan persatuan. Aku memang yang jenis kurang berminat dengan program dan persatuan. Tak berminat bukan bermaksud dua benda tu tak penting. Akan tetapi kalau dah hanya fokus dua benda tu saja kau akan sibuk dan tiada waktu untuk tujuan asal kau. Kecuali kau pandai seimbangkan masa study kau dan masa berpesatuan kau.

   Walaupun aku tak berminat sekurangnya aku pernah masuk program dan aku juga pernah menyertai persatuan sebagai AJK. Tapi program yang aku masuk rasanya tak banyak sebab first program yang aku masuk dari pagi sampai ke malam. Dari situ aku terus jadi anti program sebab terlalu lama sangat nak kena duduk dan dengar. Aku rasa bukan masalah program tapi jenis program yang menyebabkan aku sering tak masuk.

   Selepas program yang lama tu aku terus tak masuk program dah. So bila ada program aku akan ke darrosah ke rumah kawan sekolah aku. Kadang-kadang aku terus tidur rumah member aku 1 malam.

   Selepas tu setelah sekian lama selalu lepak darrosah aku contact kawan aku yang tinggal kat shoubra. Jadi tibanya hari ada program aku mesej kawan aku yang tinggal kat shoubra tu sebab aku nak pergi sana. So inilah first time aku nak jejakkan kaki aku kat kawasan geng-geng kuliah qiraat. Dah la first time nak ke sana, lepas tu aku kena pergi seorang tapi kawan aku guide la melalui mesej.

   Alhamdulillah, aku dapat sampai kat shoubra walaupun first time dan berseorangan. Jadi mula dari situ la aku akan lari lepak shoubra pulak bila ada program.... haha aku bukan budak jahat, aku cuma serik dengan program yang sampai sehari dan aku pun tak berapa nak minat program tu.

   Ok aku rasa macam panjang pulak aku tulis malam ni. Jadi aku ingat nak berhenti dulu dan tulis pula nanti. Harap terus bersemangat untuk tulis pengalaman aku selama aku di ardu kinanah ni. Sekian. Opsss terlupa pula, gambar kat atas tu tak dak kena mengena dengan cerita ni. Gambar tu adalah salah satu kawasan di perkampungan ardu kinanah ni😊.

#bujangstyle
#myjourney
#mymemory

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mount sinai/Jabal musa

The place's i'm stayed at egypt.

The name of "مصر"