The benefits of headquarters arabic language
بسم الله الرحمن الرحيم
Setelah beberapa hari tidak menulis hari ini terasa untuk meneruskan perkongsian pengalaman saya di negara padang pasir (my first impression about egypt).
Yang pertamanya alhamdulillah saya telah menghabiskan markas bahasa tanpa mengulang di mana-mana mustawa atau peringkat. Antara faktor yang menyebabkan kita terpaksa mengulang mustawa ialah kekurangan kehadiran ke kelas dan tidak lulus dalam ujian untuk perpindahan ke peringkat seterusnya. Mungkin terlihat mudah, tapi banyak dugaannya bagi sesiapa yang telah sampai ke tanah gersang ini kerana musim sejuknya atau musim panasnya mendorong kita ke tempat tidur.
Jadi disini saya ingin berkongsi antara kepentingan markas bahasa kepada saya dan juga kepada semua yang sependapat dengan saya. Mungkin ada yang tidak menerima pendapat yang saya utarakan kerana saya berpendapat dengan apa yang telah saya rasakan. Dengan itu, saya merasakan markas bahasa amat penting bagi setiap pelajar walau pun ia telah mahir dalam kaedah bahasa arab. Di markas bahasa kita tidak hanya diajarkan cara menulis sahaja bahkan kita dipraktik untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Mungkin ada di kalangan pelajar-pelajar yang datang ke sini dipenuhi dengan ilmu-ilmu kaedah yang kukuh dan ada yang baru di peringkat permulaan. Saya antara pelajar yang diperingkat permulaan mengenali kaedah menulis dan menutur dalam bahasa tersebut. Jadi pada pandangan saya ianya sangat penting dan memberi banyak impak kepada pelajar jika pelajar itu mempunyai kehendak dalam bidang ini. Saya tidak menafikan ada sebahagian pelajar yang sudah mampu bertutur bahasa arab kerana ia sudah berkomunikasi bahasa ini semenjak di negara beliau sendiri.
Antara kepentingan lain yang saya lihat ialah ianya membantu para pelajar melakukan persediaan untuk memasuki ke universiti,kerana di markas bahasa kita tidak dihidangkan dengan bahasa ammi/pasar bahkan semua tenaga pengajarnya menggunakan bahasa fushah/rasmi arab. Malah pengajar-pengajar tersebut tidak menggalakkan pelajar-pelajar bertutur bahasa pasar hatta di luar markas. Suka saya untuk menyebutkan nama-nama asatizah yang telah mengajar saya antaranya ustaz wael, ustaz Ramadan, ustaz barra', ustaz majdi, ustaz halim. Jika kita telah masuk ke kuliah di universitu, di sana bahasa yang digunakanoleh para masyaikh tidak hanya bahasa rasmi tetapi ianya dicampur bahasa pasar. Maka, jika kita tidak mempunyai persediaan berkemungkinan kita tidak akan memahami hatta 1 kalimah.
Selain itu, kita akan memperolehi ramai rakan dari berlainan negeri dan negara dan ianya akan kekal lama.Jika kita memperolehi ramai rakan dari pelbagai negara, maka mudah bagi kota untuk mempraktikkan percakapan kita di dalam bahasa arab. Nasihat saya jika di markas bahasa jangan malu untuk berkenalan atau bersembang dengan pelajar negara lain, kerana jika kita malu maka kita telah merugikan diri sendiri.Cari kawan seramai yang boleh untuk mempraktik dan memperbaiki bahasa arab kita agar lebih baik.
Saya rasa sampai disini dahulu perkongsian saya pada kali ini, kerana waktu mencemburui saya ketika ini.Ok next time saya akan fikirkan tajuk dan isi yang lebih menarik agar ianya mampu dirasai tanpa merasai (hahaha macam nak suruh orang baca sambil ambil feel pulak). Ok ke kelas dulu kita. Doaka saya agar dipermudahkan segalanya. ameen
#bujangstyle
#xsyokkomen
#isimasalapang
#sharingiscaring
Ulasan
Catat Ulasan