The name of "مصر"

                                 بسم الله ثم الحمد لله

  Alhamdulillah zaman aku dan kawan2 makan roti fino boleh dikatakan sampai kami masuk markas bahasa (kursus bahasa).Bersyukur kehadrat ilahi juga Sebelum markas bahasa  bermula aku dan kawan2 dapat memulakan pengajian kitab nahu (risalah fathoniah)  dan kitab fekah (sittin mas alah). Kami sempat mengkhatamkan kitab ini sebelum aku meninggalkan rumah negeri(kedah) dan menetap di rumah sewa.

   Di tanah gersang ini seringkali senior2 akan menyebutkan tentang perkataan مصر. Jadi mereka katakan "mim" =musibah, "sod" =sabar dan "ro" =redho.

  Jadi disini aku akan mulakan musibah yang menimpa diri aku dan kawan2. Musibah 1 ialah ketika aku hendak ke hayyu asyir untuk kali yang pertama bersama dua orang kawan aku, ust yusuf dan ust fariz. Kami telah sesat di "tabbah" dan tidak tahu arah mana yang harus dituju. Maklumlah budak baru. Jadi aku gagahkan bertanyakan kepada arab walaupun waktu itu aku nak bercakap arab pun xberapa nak pandai.Alhamdulillah selepas itu kami sampai juga ke rumah negeri(kedah)  di hayyu asyir. Untuk pengetahuan korang aku tinggal di rumah negeri(kedah)  hayyu sabi'.

  Musibah kedua yang aku alami ialah ketika di suq hussein (pasar). Arab promote minyak wangi dan ajak aku dan kawan aku ketempatnya. Cakapnya manis dan mengoda hati untuk aku dan kawan aku melihatnya. Sampai sahaja di kedai dia kami dijemput masuk dan dia menunjukkan pelbagai minyak wangi dan kertas papyrus yang bercahaya. Mulanya aku xberniat nak beli apa2 namun terpaksa sebab aku gagap bercakap arab waktu itu😂. Maka melayanglah duit aku untuk dua botol minyak wangi yang baunya kalau dipakai xsampai sejam dah hilang.

  Hendak dijadikan cerita setelah berlaku dua musibah itu keatas aku, aku mula rasa redho dengan apa yang berlaku tapi sabar tu xdapat juga diterap dalam diri aku kerana sampai sekarang aku masih ingat muka si arab penipu bermulut manis itu. Kadang2 kalau aku berjalan-jalan di suq hussein aku terjumpa juga arab tersebut dan aku xpernah tegur dia.Kalau dia pegang tangan aku, aku akan rentap seperti rentapan binatang buas akan daging mangsanya.

  Dan sekarang aku mula berhati-hati dengan mana-mana arab sekalipun agar tidak tertipu dengan mereka. Tapi aku bersyukur hanya diuji dengan musibah yang bagi aku ianya kecil dibandingkan kawan2 aku yang lain. Ada yang dicuri telefon bimbitnya. Ada juga yang di bawa ramai-ramai di dalam van kemudian diugut dengan piasau. Manakala ada yang rumahnya dipecah masuk oleh haromi=pencuri.

  Kalau nak diceritaka  terlalu banyak dan panjang, maka aku ringkaskan. Jadi huruf "mim"  dan "ro" dah ada pada aku, hanya huruf "sod"  sahaja yang masih belum mampu aku terapkan sampai sekarang dalam diri ini.

  Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar markas bahasa.............

#bujangstyle
#isimasalapang
#itrymybest

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mount sinai/Jabal musa

The place's i'm stayed at egypt.