The system of study at egypt



  Assalamualaikum, alhamdulillah masih lagi dikurniakan oleh allah untuk menghembuskan nafas pada hari ini serta dapat melakukan kewajipan kita terhadapnya. Insya allah hari ini aku akan kongsikan sedikit sistem pengajian di sini dan ianya hanya pengajian islam bukan kedoktoran dan sebagainya. Aku kongsikan sistem ini kerana aku mengambil salah 1 daripada kos pengajian islam. Jadi kalau nak cerita kos kedoktoran dan sebagainya rasanya tak berapa nak tahu,makanya aku akan sajikan sistem pengajian islam sahaja untuk aku punya blog ni.

  Perkara pertama yang korang semua kena tahu di mesir ini ada 2 jenis sistem pengajian di dalam pengajian islam, yang satunya formal/kuliah di universiti dan yang satu lagi tidak formal iaitu pengajian sistem talaqi/pengajian dari kulit ke kulit. Makanya jangan hairan kalau korang datang ke sini dan rasa pening untuk memilih kelas-kelas yang boleh dikatakan tiada hari cuti untuk pengajian selain dari kuliah.Ada juga yang pening sehingga langsung tidak kemana-mana kelas kerana kuliah di universiti ini tidak wajib melainkan kos pengajian ulum islamiah.

   Aku hendak mulakan dengan sistem yang pertama iaitu sistem pengajian secara formal/rasmi/pengajian di universiti.Persamaan pengajian secara formal dan sistem talaqi ini ialah tidak wajib hadir ke kelas, bukan maksud aku tidak wajib hadir itu tidak harus ke kelas. Maka di sini aku tidak membahaskan bab hukum, tetapi aku hanya menceritakan tentang sistem iaitu kesemua kelas tidak diambil kehadiran dan tiada paksaan.Jadi pengajian secara formal ini sudah semestinya dibuat di universiti dan ianya perlu kepada urusan-urusan seperti membayar yuran, kad pelajar, pengesahan pengajian, keputusan pengajian dan yang sewaktu dengannya. Sejujurnya aku cakap memang letih dan geram bila kau buat urusan dengan pejabat kuliah, bahkan tiap-tiap tahun kau akan menghadap benda yang sama, beratur berjam-jam sampai tak boleh masuk kuliah,Dan kadang-kadang selepas lama kau tunggu orang ynag buat urusan tu tak datang, kadang-kadang hari kau datang tu urusan kau tak boleh dibuat dengan sebab-sebab yang pelik. Benda yang paling korang akan merah ialah sebab tunggu lama.... huuuuhhh~~.

  Apa yang aku tulis kat atas tu benda negetifnya yang kau akan nampak bila kau dah jejak kaki kat sini. Benda positifnya ialah di sini bagi aku kos-kos yang disediakan sudah cukup lengkap iaitu kos bahasa arab, usuluddin, syariah, dirasat isalamiah dll. Malah bayaran juga sangat murah kalau dibandingkan dengan universiti-universiti di malaysia dan di negara-negara lain. Cuba korang bayangkan bayaran pengurusan untuk setahun (tidak termasuk kitab) lebih kurang dalam rm100 ringgit sekarang.Kau takkan jumpa harga macam ni melainkan kau ditaja tanpa perlu bayar apa-apa ataupun kau dapat biasiswa. Jadi bagi aku ini antara salah 1 faktor ramai student luar negara datang untuk mengambil ijazah di sini.

   Seperti biasa apabila disebut pengajian secara formal semestinya adanya peperiksaan dan adanya sijil. Maka di azhar ini juga diletakkan sistem peperiksaan semester 1 dan 2 pada setiap tahun.Untuk mendapat ijazah di azhar pengajiannya juga selama 4 tahun jika tiada sebarang kegagalan di dalam peperiksaan untuk terus berpindah kelas dari tahun ke tahun yang lain/untuk naik kelas.Maka azhar meletakkan syarat untuk berpindah kelas/tahun mestilah lulus semua subjek atau tidak lulus 1 atau 2 subjek. Jika pelajar tidak lulus 3 subjek dan keatas maka dia terpaksa mengulang semula tahun tersebut tetapi hanya mengulangi subjek-subjek yang tidak lulus.Kalau dahulu tahun 1 dan 2 diberi peluang sebanyak 3x/3tahun dan jika gagal maka pelajar perlu menukar kos lain daripada kos yang dipilihnya,manakala tahun 3 sebanyak 5x/5tahun dan tahun 4 sebanyak 8x/8tahun.Akan tetapi sekarang telah ditukar bagi pelajar luar negara hanya 2x ditahun 1 dan 3x di tahun 2,3,4 dan untuk kali yang ke 3 hendaklah dibuat permohonan, jika permohonan ditolak maka ia akan dibuang universiti.

  Untuk sistem pengajian yang kedua ialah sistem talaqi. Jadi sistem ini ialah sistem yang aku rasa paling seronok dan simple. Kau tak perlu sakit sepala sebab tak ada peperiksaan dan pengajiannya santai. Malah pengajian talaqi ini merangkumi semua mata pelajaran dari setiap kos. Jadi ianya terpulang kepada diri sendiri mata pelajaran apa yang kau nak kuasai.Kau juga bebas memilih kelas yang kau nak hadiri dan yang kau tak nak hadir. Bahkan kau akan belajar dari kulit ke kulit, dari matan ke hawashi/dari mubtadi ke muntahi/dari kitab kecil le kitab yang lebih besar/terperinci. Kau juga boleh memlilih syeikh-syeikh yang kau nak hadir, bukan kerana kau memilih tetapi setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk memberi dan menerima. Mungkin kau tak mampu dengan syeikh itu dan kau mampu dengan syeikh ini. Di sini kau perlukan keserasian dan yang paling penting ialah konsisten.

  Ramai yang pada mulanya begitu semangat dan banyak ke kelas-kelas di luar kampus tapi hanya separuh jalan, setelah 2 3 tahun terus tinggalkan semua sekali. Jadi istiqomah itu perlu di dalam mengatur kelas-kelas pengajian yang mahu di hadiri, biarpun ianya sedikit tapi tetap konsisten dan jika merasa mampu ditambah sedikit demi sedikit supaya tidak merasa berat.

   Tempat-tempat pengajian ini dijalankan biasanya di masjid-masjid dan ditempat-tempat yang memang telah disediakan untuk pengajian talaqi ini. penjian ini juga tidak mempunyai hari cuti dan dari pagi hingga ke malam. Dan yang paling penting ialah semua kelas talaqi adalah percuma, kita hanya perlu membelinkitab sendiri dan menghadirkan diri ke kelas tersebut. Ok rasanya sampai disini sahaja yang aku mampu ceritakan/kongsikan, jika ada salah dan silap  dalam penulisan mohon dimaafkan dan jika rajin tolong betulkan/tegurkan, insya allah aku akan memperbaiki segala kesalahan yang ada. sekian, terima kasih.

#bujangstyle
#itrymybest
#isimasalapang


 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mount sinai/Jabal musa

The place's i'm stayed at egypt.

The name of "مصر"