My experience at headquarters of arabic language

                               بسم الله الرحمن الرحيم


  Dah sampai masanya aku rasa masanya untuk ceritakan mula- mula masuk markas bahasa.Untuk pengetahuan korang markas bahasa bukan lah percuma. Waktu zaman aku di markas bahasa bayaran yang dikenakan untuk 1 mustawa/peringkat sebanyak 100$=750pound dan bersamaan dengan rm350 dalam anggaran aku. .Kesemuanya ada 7 mustawa iaitu, mubtadi awal dan thani, mutawassit awal dan thani, mutaqaddim awal dan thani, dan akhir sekali mutamayyiz.

   Penetapan untuk mustawa-mustawa tersebut melalui peperiksaan imtihan qobul. Waktu zaman aku peperiksaan ni dibuat kat malaysia dan keputusan pun dapat di malaysia. Aku dan kawan-kawan perlu membayar sebanyak 450ringgit untuk mengambil peperiksaan ini. Alhamdulillah walau pun aku tak la sehebat mana dengan ditetapkan dengan natijah mutawassit awal. Mulanya aku cemburu juga tengok kawan-kawan aku sampai ada yang dah dapat masuk kuliah dengan natijah peperiksaan imtihan qobul. Tapi taqdir allah dan aku pun tak berapa reti sangat😊.

  Di dalam kelas aku lihat kawan-kawan aku ramai yang dah serba sedikit pandai berkomunikasi sedangkan aku tidak mampu. Ditambah pula waktu minggu pertama syeikh-syeikh markas akan memulakan dengan percakapan pengenalan di hadapan.Aku sering memerhatikan kawan-kawan aku sudah mampu sedikit sebanyak dan pada waktu ketika itu sekali lagi hati aku dihujani rasa resah dan putus asa nak balajar di sini.


   Setelah beberapa lama aku dalam berkeadaan macam tu. Aku mula sedar sepatutnya aku belajar bukan sibuk resahkan aku tak boleh. Selepas tu aku mula mengasah skill dengan sering berbual dengan bangsa lain dan bangsa tanah gersang ini. Dan aku masih ingat akan seorang kolektor bas yang memang rapat dengan aku namanya musallam seingat aku.Tapi rupa dia memang aku sangat-sangat ingat.

   Musallam seoarang graduan al azhar juga. Dia ceritakan kepada aku di sini memang susah untuk memperolehi pekerjaan jika hanya mempunyai ijazah. Jadi setiap kali aku jumpa dia dalam bas tidak kira waktu pergi atau balik dari markas aku akan sembang. Ini salah satu daripada cara aku praktis bahasa arab aku agar lebih baik.

  Alhamdulillah, rezeki allah taala kadang dia tak minta kat aku duit tambang. Setelah aku keluar markas aku dah jarang jumpa dia. Mungkin sebab dulu aku tinggal di hayyu sabi' dan sekarang aku tinggal di darrasah. Apa-apa pun aku tak lupa kepada dia,cuma dah susah untuk berjumpa, tapi kadang aku ternampak tapi tak sempat untuk bertegur sapa seperti dahulu.

  ok aku berhenti dahulu di sini dan aku akan lanjutkan nanti. Kerana aku tahu mana ada orang nak menghadap benda yang panjang-panjang. So, aku akan sambung lagi bab markas bahasa ni sebab terlalu banyak kenangan dan manfaat yang aku dapat waktu itu. sekian. Selamat membaca.

#bujangstyle
#flashback

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mount sinai/Jabal musa

The place's i'm stayed at egypt.

The name of "مصر"