My experience at headquarters of arabic language

بسم الله الرحمن الرحيم Dah sampai masanya aku rasa masanya untuk ceritakan mula- mula masuk markas bahasa.Untuk pengetahuan korang markas bahasa bukan lah percuma. Waktu zaman aku di markas bahasa bayaran yang dikenakan untuk 1 mustawa/peringkat sebanyak 100$=750pound dan bersamaan dengan rm350 dalam anggaran aku. .Kesemuanya ada 7 mustawa iaitu, mubtadi awal dan thani, mutawassit awal dan thani, mutaqaddim awal dan thani, dan akhir sekali mutamayyiz. Penetapan untuk mustawa-mustawa tersebut melalui peperiksaan imtihan qobul. Waktu zaman aku peperiksaan ni dibuat kat malaysia dan keputusan pun dapat di malaysia. Aku dan kawan-kawan perlu membayar sebanyak 450ringgit untuk mengambil peperiksaan ini. Alhamdulillah walau pun aku tak la sehebat mana dengan ditetapkan dengan natijah mutawassit awal. Mulanya aku cemburu juga tengok kawan-kawan aku sampai ad...